LOGO

ROKAL PEMERIKSAAN PAKAIAN SERAGAM AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA

AKMAL MELAKA, 06 Januari 2022 – Rokal Pemeriksaan Pakaian Seragam Akademi Kastam Diraja Malaysia telah diadakan pada 06 Januari 2022 di Dewan Tun Tan Siew Sin, AKMAL. Pn Nora'ini bt Abd Khalid telah memeriksa 57 orang pegawai.

Tujuan rokal ini diadakan bagi memastikan setiap pegawai sentiasa mematuhi kod etika dan tatakelakuan kastam yang mesti dipatuhi oleh setiap anggota Jabatan.

Pengarah AKMAL juga berkesempatan menyampaikan beberapa amanat antaranya pelaksanaan kursus bagi tahun 2022, penjagaan SOP , pematuhan KPI dan juga penjagaan imej diri dan jabatan.