LOGO

MESYUARAT PENYELARASAN PROJEK DAN LAWATAN TAPAK MAKMAL AKMAL

AKMAL MELAKA, 20 Januari 2022 – Mesyuarat Penyelarasan Projek Dan Lawatan Tapak Makmal Kastam (JKR & JKDM)

Mesyuarat Penyelarasan Projek dan Lawatan Tapak Makmal Kastam telah diadakan pada 20/1/2022 (Khamis), 10.00 pagi di Bilik ICR, AKMAL Melaka yang dipengerusikan oleh Tn. Norizan Bin Yahya, Timbalan Pengarah AKMAL. Mesyuarat ini adalah bertujuan untuk membincangkan mengenai cadangan kerja ubahsuai / menaiktaraf ruang pejabat sedia ada kepada Makmal Kastam yang berskala kecil yang dikendalikan oleh JKDM. Makma ini akan digunakan menganalisis komoditi rokok dan minuman beralkohol (RMK). Lawatan tersebut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Kerja Raya (Putrajaya) yang diketuai oleh En. Samsuri Bin Maslan, Jurutera Mekanikal Penguasa Kanan dan Jabatan Kerja Raya (Melaka) yang diketuai oleh En. Mohammad Kamal Bin A. Rahman, Jurutera Awam Penguasa Bangunan. Taklimat dan pembentangan projek Makmal Kastam tersebut telah disampaikan oleh Tn. Wong Pun Sian, Timbalan Pengarah Kastam, Cawangan Pengurusan Penilaian Ibu Pejabat JKDM dan juga Mr. Osaki Nabuaki (JICA).

Program tersebut telah berjalan dengan lancar dan pihak JKR telah melawat tapak bekas Makmal Bahasa dan Makmal Tekstil yang akan dinaiktaraf sebagai Makmal Kastam dengan melakukan pemeriksaan tempat, pengukuran keluasan kawasan dan sebagainya.