LOGO

KURSUS KEMAHIRAN PANCARAGAM JKDM TAHAP 1

Kursus Kemahiran Pancaragam JKDM Tahap 1 berjaya dilaksanakan selama 2 minggu bermula 10 hingga 21 Januari 2022 dan melibatkan seramai 51 orang pegawai JKDM dari seluruh Malaysia. Secara keseluruhannya, kursus ini telah berjaya mencapai objektif dalam memahami teori muzik dengan lebih mendalam serta mengaplikasikan praktikal alat muzik, kawad pancaragam dan praktikal oral. Disamping itu, matlamat yang telah ditetapkan telah dicapai bagi melahirkan anggota pancaragam yang berkemahiran untuk program majlis jabatan. Timbalan Pengarah AKMAL,Tn Norizan bin Hj Yahya meluangkan masa melawat sesi latihan yang diadakan di Dewan Tun Tan Siew Sin, AKMAL. Pasukan Pancaragam ini telah membuat persembahan pada Hari Kastam Sedunia yang ke 40 di Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.