LOGO

PENDAFTARAN KURSUS ASAS PEMBANTU PENGUASA KASTAM GRED WK19 SIRI 1/2022

AKMAL, 07 Februari 2022 - Seramai 324 orang Pembantu Penguasa Kastam telah melapor diri di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), Melaka pada 07 Februari 2022 yang terdiri daripada 156 orang peserta Lelaki dan 168 orang peserta wanita.

Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK19 Siri 1/2022 bermula 07 Februari 2022 dan dijadualkan berakhir pada 21 Mac 2022. Kursus Asas ini bermatlamat untuk melahirkan Pembantu Penguasa Kastam yang berintegriti, berdisiplin, berpengetahuan, berkebolehan dan berketerampilan serta komited ke arah merealisasikan visi dan misi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).