LOGO

MAJLIS SERAH TUGAS DAN PALUAN BERUNDUR PENGARAH AKMAL

AKMAL Melaka, 21 Mac 2022 Dato’ Sri Abdul Latif bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam dan Dato’ Mohd Yunus bin Charlie Charington, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) telah sudi meluangkan masa untuk hadir ke Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Melaka bagi menyempurnakan Majlis Serah Tugas Pengarah AKMAL. Ketibaan Dato’ Sri Abdul Latif dan Dato’ Mohd Yunus pada jam 3.00 petang disambut oleh Puan Nora’ini binti Abd Khalid, Pengarah AKMAL, Tuan Norizan bin Yahya, Timbalan Pengarah AKMAL, Ketua-ketua Jabatan Pengajian AKMAL Pengarah-Pengarah Cawangan AKMAL dan warga AKMAL.

Majlis dimulai dengan ucapan alu-aluan oleh pengacara majlis dan bacaan doa. Selepas itu, Dato’ Sri Abdul Latif menyampaikan ucapan amanat kepada semua warga AKMAL dan beliau turut menzahirkan syukur dan terima kasih kepada Pengarah AKMAL, Puan Nora’ini binti Abd Khalid yang telah menyampaikan perkhidmatan yang sangat baik selama menjadi Pengarah AKMAL dan telah berjaya merealisasikan hasrat Ketua Pengarah Kastam Malaysia untuk membentuk Pasukan Pancaragam JKDM yang telah dirasmikan pada 30 November 2020. Dato’ Sri Abdul Latif juga meluangkan masa untuk menyaksikan Upacara Serah Terima Tugas di antara Pengarah AKMAL, Puan Nora’ini binti Abd Khalid dan Tuan Norizan bin Yahya, Timbalan Pengarah AKMAL.