LOGO

MAJLIS ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) SERTA APRESIASI AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA TAHUN 2021 DAN JASAMU DIKENANG TAHUN 2022

AKMAL Melaka, 21 Mac 2022 Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam Malaysia bersama isteri turut hadir mengamatkan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta Apresiasi Akademi Kastam Diraja Malaysia tahun 2021 dan Jasamu Dikenang tahun 2022 di AMES Hotel, Jalan Pkak 2, Melaka. Tetamu Kehormat pada majlis ini ialah Datuk Mohd Yunus bin Charlie Charington, Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pengurusan) dengan diiringi oleh isteri. Turut hadir ialah Puan Nora’ini binti Abd Khalid, Pengarah AKMAL bersama suami, Tuan Norizan bin Hj Yahya, Timbalan Pengarah AKMAL, Pengarah-Pengarah Cawangan, Ketua-Ketua Jabatan Pengajian, pegawai bersara dan pegawa-pegawai yang bertukar pada tahun 2022 serta warga AKMAL.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah AKMAL dengan menzahirkan terima kasih atas kesudian Dato’ Sri Abdul Latif Bin Abdul Kadir, Ketua Pengarah Kastam Malaysia dan isteri meluangkan masa hadir ke majlis APC dan Apresiasi ini. Seterusnya, Dato’ Sri Abdul Latif menyampaikan ucapan alu-aluan dan mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah dan memberikan amanat kepada semua warga AKMAL untuk terus berkhidmat dengan lebih berdedikasi dan penuh iltizam, komited dan sentiasa aktif dalam penyampaian perkhidmatan yang lebih cemerlang. Dato’ Sri Abdul Latif turut menyampaikan Sijil Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 13 orang pegawai AKMAL yang telah menunjukkan modal insan berkualiti, dinamik dan berprestasi tinggi dalam mencapai KPI yang telah ditetapkan dan 16 orang lagi pegawai AKMAL dipilih dari pelbagai kategori untuk menerima Anugerah Apresiasi. Majlis turut meraikan pegawai yang telah bertukar dan pesara 2021 serta bakal pesara pada tahun 2022. Bagi memeriahkan lagi majlis, AKMAL turut mengadakan Anugerah Keceriaan Kemerdekaan yang di pertandingkan antara Jabatan Pengajian AKMAL bersempena minggu kemerdekaan pada Ogos tahun 2021. Majlis juga turut diselang seli dengan cabutan bertuah dan majlis diakhiri dengan persembahan kugiran D’AKMAL Band.