Akademi Kastam Diraja Malaysia (Akmal) adalah sebuah pusat latihan bagi kakitangan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Ia berfungsi sebagai sebuah institusi latihan yang melatih dan mendidik warga kerja JKDM mengenai tugas dan ilmu perkastaman. Di samping memberi latihan kepada kakitangan JKDM, ia juga telah diperaku oleh World Customs Organization (WCO) sebagai Regional Training Centre (RTC) untuk latihan perkastaman di rantau Asia Pasific.
Kakitangan JKDM yang ingin memohon kursus yang ditawarkan di AKMAL hendaklah membuat permohonan kursus dalam talian melalui Sistem Pengurusan Latihan (AKMAL2U). Permohonan perlu disokong oleh Pegawai Latihan Negeri (PLN) sebelum diluluskan oleh pihak pengurusan AKMAL.
Senarai kursus yang ditawarkan di sepanjang tahun boleh disemak di laman sesawang http://akmal.customs.gov.my. Pertanyaan juga boleh diajukan kepada Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan di talian 06-2331012.
Pegawai yang memohon sesuatu kursus boleh membuat semakan status permohonan melalui Sistem AKMAL2U. Surat undangan berkursus akan dikeluarkan melalui Sistem AKMAL2U dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan pemilihan peserta dibuat.
Bayaran hendaklah dibuat secara tunai pada hari pertama kursus berlangsung.
Pihak AKMAL menyediakan penginapan bagi semua peserta kursus yang mengikuti kursus berjadual yang telah ditawarkan.
Akmal menyediakan kemudahan-kemudahan seperti auditorium, gimnasium, gelanggang sepak takraw, stadium, padang bola sepak, surau, perpustakaan, kedai cenderahati, kolam renang dan makmal komputer.
Tidak. Kemudahan di Akmal adalah khusus untuk peserta kursus warga JKDM sahaja.
Ya. Akmal ada menawarkan khidmat sewaan penginapan tertakluk kepada kekosongan. Kadar sewaan bergantung kepada jenis bilik / kediaman. Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jabatan Hal Ehwal Pelajar di talian 06-2314015 atau 06-2314048.
Tidak. Perpustakaan Akmal hanya untuk kegunaan warga kerja JKDM sahaja.