LAWATAN KERJA OLEH PENGARAH AKMAL KE MUZIUM KASTAM TAN SRI DR ALI BIN HAMSA
BANDAR HILIR, 12 Ogos – Pengarah Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL), YBrs. Puan Suwati binti Suratman telah mengetuai satu delegasi Lawatan Kerja ke Muzium Kastam Tan Sri Dr. Ali Hamsa hari ini bagi menilai serta menjadikan muzium berkenaan sebagai tanda aras (benchmarking) dalam usaha menaik taraf kemudahan di AKMAL.
Turut menyertai delegasi berkenaan ialah Timbalan Pengarah AKMAL, YBrs. Dr. Noor Azman bin Ahmad, Ketua Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan (JP&P), Puan Hamidah binti Udin, serta Pendaftar AKMAL, Puan Aida binti Md. Hanafiah.
Lawatan kerja ini memberi fokus kepada penandaarasan amalan terbaik reka letak, penyampaian maklumat interaktif, serta pengurusan seni bina galeri. Penemuan ini bakal digunakan untuk mengemaskini Kamar Cenderahati dan Galeri Sedia Ada di AKMAL supaya lebih moden, informatif dan menarik perhatian pengunjung mahupun pelatih.
Lawatan ini turut mengukuhkan komitmen pengurusan tertinggi AKMAL dalam memastikan infrastruktur latihan dan warisan sejarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia sentiasa relevan serta mematuhi piawaian pemeliharaan warisan yang cemerlang.