Loading...
Akademi Kastam Diraja Malaysia

Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan

Jabatan Pembangunan dan Penyelidikan (JP&P) bertanggungjawab untuk mendokong tanggungjawab AKMAL untuk memberi latihan yang berkesan kepada jabatan dalam membangunkan modal insan yang kompeten, berintegriti dan berakauntabiliti, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, kreatif dan inovatif melalui tiga pendekatan iaitu peningkatan keupayaan mental, fizikal dan kerohanian. Kunci utama pelaksanaan latihan di AKMAL adalah menerusi konsep 4 D + 1 E iaitu 'Define, Design, Develop, Deliver and Evaluate'.

Pengurusan dan Analisis


1

Melaksanakan program 'Training Needs Analysis / Training Needs Identification'

2

Melaksanakan kajian berkenaan kepuasan pelanggan dalaman (1 tahun sekali) dan kajian kepuasan pelanggan luaran (2 tahun sekali)

3

Melaksanakan kajian keberkesanan latihan (1 tahun sekali)

Pengurusan Latihan


1

Mengurus program latihan AKMAL daripada proses penawaran sehingga persijilan

2

Mengurus pembangunan modul (baru) dan mengemaskini modul - berdasarkan standard MS ISO 9001:2015 AKMAL

3

Mengurus / memantau program latihan dalaman AKMAL (warga AKMAL)

4

Mengendalikan bengkel program latihan tahunan AKMAL

5

Mengendalikan Mesyuarat Latihan AKMAL (3 kali setahun)

6

Mengendalikan Mesyuarat Penyelarasan Latihan AKMAL / Negeri (PLAN)

7

Mengurus lawatan AKMAL - masyarakat celik kastam

Pusat Sumber Maklumat


1

Menjawab pertanyaan rujukan melalui sumber-sumber elektronik dan bahan bercetak yang terdapat di Perpustakaan

2

Memberi nombor kelas dan tajuk perkara kepada buku-buku yang baru diterima

3

Mengkatalog dan mengisi borang data buku/sumber media

4

Membuat pemilihan buku-buku/sumber media dan menguruskan pembelian bahan-bahan tersebut

5

Mengadakan program galakan membaca / budaya ilmu

Unit Dokumentasi


1

Mengemaskini rujukan pindaan akta dan peraturan.

2

Merekod dokumen / maklumat yang diterima daripada pihak pengurusan.

Unit Fotografi dan Multimedia


1

Menyediakan bahan-bahan pameran / lawatan AKMAL

2

Mengumpul bahan bagi penerbitan AKMAL seperti buku program latihan tahunan dan buletin AKMAL

3

Membangunkan / menyunting video berkaitan program AKMAL

Senarai Webinar
-