Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada anggota-anggota Jabatan mengenai perundangan Kastam, bidang kuasa dan prosedur kerja yang berkaitan dengannya supaya mereka dapat menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan betul dan berkesan serta meningkatkan dan memperkukuhkan disiplin dan jatidiri anggota-anggota Jabatan untuk memastikan mereka berintegriti tinggi dan dapat berkhidmat dengan jujur, cekap dan cemerlang.
Membangun Modul Kursus Asas pegawai Gred WK9, Gred WK5, Gred WK1.
Mengurus penyediaan soalan dan skema jawapan bagi kursus asas pegawai Gred WK9, Gred WK5, Gred WK1.
Menyediakan laporan pemarkahan yang merangkumi aspek akademik, disiplin dan penglibatan peserta sepanjang kursus asas.
Mengendalikan kursus asas untuk Penguasa Kastam Gred WK9, Penolong Penguasa Kastam Gred WK5, Pembantu Penguasa Kastam Gred WK1.
Mengurus penyediaan nota terkini bagi Modul Pengurusan, Perkastaman, Cukai Barangan & Perkhidmatan (CBP), Penguatkuasaan, Pematuhan dan Perkhidmatan Teknik kepada peserta kursus asas.
Bekerjasama dalam pelaksanaan kursus dan program yang dikendalikan oleh jabatan-jabatan pengajian AKMAL yang lain.
Mengendalikan kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan yang berkhidmat dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Menyediakan laporan penilaian PTM yang merangkumi aspek disiplin, personaliti dan komitmen sepanjang kursus PTM bagi proses pengesahan jawatan pegawai lantikan baru.
Kursus Asas Penguasa Kastam Gred WK9.
Kursus Asas Penolong Penguasa Kastam Gred WK5.
Kursus Asas Pembantu Penguasa Kastam Gred WK1.
Kursus Program Transformasi Minda (PTM) untuk pegawai-pegawai dan kakitangan sokongan yang berkhidmat dalam Jabatan Kastam Diraja Malaysia.