Loading...
Sorotan AKMAL

KETUA PENGARAH KASTAM HADIR MENYEMPURNAKAN MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN SMART TV KEPADA SK JALAN DATUK PALEMBANG

MELAKA, 12 November 2026 - Majlis Penyerahan Sumbangan Smart TV telah diadakan dengan jayanya di SK Jalan Datuk Palembang (SKJDP) yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam Malaysia. Turut mengiringi beliau dalam majlis ini ialah YBrs. Puan Suwati binti Suratman, Pengarah AKMAL. Rombongan pengurusan tertinggi ini disantuni mesra oleh YBrs. Puan Hjh Nor Hamizah binti Daud, Guru Besar SKJDP, dengan diiringi oleh Yang Dipertua (YDP) PIBG SKJDP, barisan pentadbir sekolah, serta warga pendidik yang berdedikasi. Sumbangan peranti pintar ini merupakan manifestasi sokongan padu dan tanggungjawab sosial (CSR) agensi kerajaan terhadap kelangsungan pendidikan di peringkat akar umbi. Ia turut melambangkan sinergi yang utuh antara institusi pendidikan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Pemberian kelengkapan multimedia ini dilihat sebagai satu langkah proaktif yang memberi nilai tambah yang besar kepada sekolah. Pihak SKJDP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih atas keprihatinan pihak YBhg. Dato’ Sri Ketua Pengarah Kastam serta AKMAL. Harapan besar disandarkan agar jalinan ukhuwah dan kerjasama strategik seumpama ini akan berterusan pada masa hadapan demi melahirkan generasi pelajar yang celik IT, inovatif, dan berdaya saing.
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Senarai Webinar
-