Loading...
Sorotan AKMAL

MAJLIS PERASMIAN MAKMAL KASTAM DI AKADEMI KASTAM DIRAJA MALAYSIA OLEH YB MENTERI KEWANGAN II

MELAKA, 25 September 2026 - YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II hadir menyempurnakan Majlis Perasmian Makmal Kastam hari ini. Ketibaan beliau disambut oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam bersama barisan pengurusan tertinggi JKDM. Turut hadir ke majlis antaranya Dr. Toshiaki Hiromitsu, Deputy Director General of the Customs and Tariff Bureau, Ministry of Finance, Japan serta wakil dari Jabatan Kimia Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia dan Japan International Cooperation Agency (JICA). Majlis yang diadakan di Dewan Tun Tan Siew Sin, AKMAL Melaka menyaksikan empat (4) orang pengawai JKDM telah mendapat pengiktirafan sebagai ahli kimia berdaftar dan empat (4) orang lagi pegawai JKDM telah memperoleh sijil kompetensi melalui kerjasama strategik bersama Jabatan Kimia Malaysia, Japan International Cooperation Agency (JICA) dan Customs Central Laboratory of Japan yang turut memperkukuh pembangunan kepakaran, kaedah analisis serta pemindahan teknologi dalam kalangan pegawai JKDM. Majlis diteruskan dengan lawatan ke tapak pameran dan acara menandatangani buku lawatan sebelum lawatan menyeluruh di Makmal Kastam yang terletak di bangunan pentadbiran AKMAL. YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II turut berbesar hati menandatangani plak perasmian sambil disaksikan oleh YBhg. Dato’ Sri Haji Amran bin Haji Ahmad, Ketua Pengarah Kastam bersama barisan pengurusan tertinggi JKDM. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar di hadapan Makmal Kastam. Semoga penubuhan Makmal Kastam dapat memperkukuh ketepatan klasifikasi barangan dan integriti penilaian hasil serta meningkatkan kecekapan penguatkuasaan undang-undang di masa hadapan.
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Gambar Berita
Senarai Webinar
-